Wednesday, July 18, 2012

Doa Ketika Berbuka Puasa



للصائم دعوة مستجابة عند فطره فمتى تكون : قبل الإفطار أو في أثناءه أو بعده ؟ وهل من دعوات وردت عن النبي صلى الله عليه
وسلم أو دعاء تشيرون به في مثل هذا الوقت ؟.
Soalan:

Ketika berbuka puasa merupakan waktu doa mustajab untuk orang yang berpuasa. Bilakah waktu tersebut. Apakah ia sebelum berbuka, atau ketika berbuka, atau selepas berbuka puasa?

Adakah wujud doa-doa daripada Nabi saw ketika waktu berbuka, atau bolehkah anda tunjukkan doa yang patut dibaca pada saat berbuka.

الحمد لله
عرض هذا السؤال على الشيخ محمد ابن عثيمين رحمه الله فقال
:
Soalan ini disampaikan kepada Shaikh Muhammad Bin Uthaimin Rahimahullah.


الدعاء يكون قبل الإفطار عند الغروب ؛ لأنه يجتمع فيه انكسار النفس والذل وأنه صائم ، وكل هذه أسباب للإجابة وأما بعد الفطر فإن النفس قد استراحت وفرحت وربما حصلت غفلة ،

Doa pada saat itu ialah sebelum berbuka puasa, ketika terbenamnya matahari. Ini kerana pada waktu tersebut berkumpul padanya kesempitan jiwa (kerana lapar), sifat tunduk merendah diri, dan si pelakunya pula dalam keadaan berpuasa ketika itu. Semua ini merupakan sebab-sebab terkabulnya doa. Adapun selepas berbuka, diri seseorang telah mula berehat dan gembira, dan seringkali pada saat itu diri dalam keadaan lalai.

لكن ورد دعاء عن النبي صلى الله عليه وسلم لو صح فإنه يكون بعد الإفطار وهو : " ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله " { رواه أبو داود وحسنه الألباني في صحيح سنن أبي داود (2066) } فهذا لا يكون إلا بعد الفطر ،
.
Akan tetapi, terdapat doa daripada nabi saw, seandainya ia sahih, dan doa tersebut dibaca selepas berbuka puasa. Doa itu ialah: [ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتْ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ]

"Telah hilang rasa haus, dan telah basahlah urat-urat serta pahala telah tetap insyaAllah. [Diriwayatkan oleh Abu Daud, Shaikh al-Albani menyatakan ia hadis hasan di dalam Sahih Sunan Abi Daud (2006)]. Doa ini tidaklah sesuai dibaca melainkan selepas berbuka puasa.

وكذلك ورد عن بعض الصحابة  قوله : " اللهم لك صمت وعلى رزقك أفطرت "

Begitu juga dengan doa yang diriwayatkan daripada sebahagian sahabat
[اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ]
Ya Allah, aku telah berpuasa untuk Mu, dan aku telah berbuka dengan rezekiMu.

فأنت ادع الله بما تراه مناسباً
Oleh kerana itu, engkau berdoalah dengan apa-apa doa yang engkau lihat sesuai.

اللقاء الشهري رقم 8 للشيخ محمد بن صالح العثيمين يرحمه الله
http://www.islam-qa.com/ar/ref/14103

[Terjemahan secara makna oleh Mohd Masri Bin Mohd Ramli]

Pertanyaan:
Adakah doa khusus yang diriwayatkan dalam hadis ketika berbuka? Apakah orang yang berpuasa perlu menjawab azan atau terus dalam berbukanya?

Jawapan:

Sesungguhnya doa berbuka merupakan saat-saat yang dikabulkan. Ini kerana ia merupakan akhir ibadah dan  manusia biasanya jiwanya lemah ketika berbuka. Jika manusia dalam keadaan jiwa yang lemah dan hati yang lembut, maka biasanya hatinya lebih dekat kepada taubat dan tunduk kepada Allah.

Doa berbuka yang diriwayatkan adalah

اللهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَ عَلَى رِزْقِكَ أَقْطَرْتُ
“Ya Allah, aku telah berpuasa untukMu, dan aku telah berbuka dengan rezekiMu.”

Di antara doa lain yang dibaca ketika berpuasa adalah

ذَهَبَتِ الظَّمَأُ وَبْتَلَتِ الْعُرُوْقُ وَثَبَتِ الأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللهُ. .رواه أبو داود
“Telah hilanglah rasa dahaga, telah basah urat-urat dan tetaplah pahala jika Allah berkehendak.” (HR. Abu Daud)

Kedua hadis ini walaupun ada kelemahan, tetapi sebahagian ilmuan Islam menghasankannya. Yang jelas jika Anda berdoa dengannya atau berdoa dengan doa yang lain yang terbetik di dalam hati anda ketika berbuka puasa, insya Allah akan dikabulkan.

Adapun menjawab pertanyaan muazin ketika seseorang sedang berbuka tetap disyariatkan. Ini kerana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika kamu mendengar muazin, maka katakanlah seperti yang dia katakan” ia mencakupi segala bentuk keadaan, kecuali jika ada dalil yang mengecualikannya.

Sumber: Tuntunan Tanya Jawab Akidah, Shalat, Zakat, Puasa dan Haji (Fatawa Arkanul Islam), Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin, Darul Falah, 2007
http://konsultasisyariah.com/doa-khusus-berbuka-puasa-dan-hukum-menjawab-adzan-ketika-berbuka

Kesimpulan:

a) Tambahan: Doa-doa yang disebutkan di atas, sebahagian ulama hadis menyatakan ia sahih/hasan, sebahagian menyatakan ia tidak sahih.

b) Tidak ada masalah menggunakan salah satu doa di atas.

c) Boleh juga menggunakan doa-doa yang lain.

d) Sebahagian ulama menyatakan doa di atas boleh dibaca tidak kira selepas berbuka atau sebelum berbuka. Fe'el Madhi pada doa tidak semestinya menunjukkan telah berlaku. Ini kerana banyak sahaja ayat-ayat al-Quran yang berbentuk Fe'el Madhi tetapi ia tidak memaksudkan telah berlaku.

e) Tetap perlu jawab azan walau sedang berbuka.

Wallahua'lam, selamat berilmu dan beramal.



0 comments:

Post a Comment