
Abu Mijan as-Tsaqafi radiallahu ‘anhu adalah orang seorang sahabat yang ketagih minuman keras, sehingga dia sering dihadapkan kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam untuk dikenakan hukumanhad. Walaupun demikian, ketika dia mendengar seruan jihad ke Qadisiyah, dia segera bangkit untuk berjihad di bawah pimpinan bapa saudara Nabi sallallahu ‘alaihi wassalam, Sa’ad bin Abi Waqqas radiallahu ‘anhu. Pada hari-hari pertempuran, dia masih tidak mampu menahan ketagihannya kepada arak, sehingga dia pun meminumnya. Oleh kerana itu, Sa’ad menjatuhkan hukuman atasnya dengan mengurungnya dan melarangnya daripada ikut berperang. Beliau tidak dikenakan hukuman had kerana hukum had tidak akan dilaksanakan di kawasan musuh.










