Pages

Monday, May 30, 2011

Rakaman: Forum: Adab Menghadapi Perbezaan Pendapat di MEDIU

Rakaman Majlis Bedah Kitab ar-Risalah di MEDIU.

Soal Jawab Forum Bertajuk: Menghadapi Perbezaan Pendapat



Ustaz Halim Hasan- Manhaj ASWJ mengambil ilmu






Wednesday, May 25, 2011

Apa Kata Dr. Wahbah az-Zuhaily tentang bid'ah?

Oleh Dr. Abdul Basit

Kitab ini “البِِدَع المنكرة” iaitu Bid’ah Yang Mungkar adalah sebuah buku yang ditulis oleh penulis yang sangat masyhur, Prof Dr Wahbah Mustafha al-Zuhaili. Kitabnya “ الفقه الإسلامي وأدلته” menjadi rujukan para fuqaha’ dan pelajar di seluruh dunia. Beliau merupakan Ketua Jabatan Fiqh Islam dan Mazhab-Mazhabnya di Universiti Damsyik, Syria. Tokoh Ma’al Hijrah Malaysia Tahun 1430H – 2008M. Beliau baru sahaja menziarahi Malaysia pada bulan 14 Mei 2011 dan menyampaikan ucapan tentang Qazaf dan Sumpah.
Buku ini adalah cetakan pertama pada tahun 1429H/ 1999M, oleh Dar al-Maktabi, Damsyik, Syria setebal 72 muka surat.

Saya nukilkan beberapa petikan dari Muqaddimah kitab yang ditulis oleh Syeikh untuk dikongsi bersama, sebagai suatu perbincangan tentang Bid’ah dari sudut pandangan seorang tokoh dari Syiria, yang dikira beraliran sederhana. Khasnya disaat pertembungan aliran pemikiran dikalangan masyarakat yang agak ketara sekarang, dan isu ini pula sentiasa diperbincangkan oleh sebahagian ikhwanina para pendakwah. Semoga catatan ini ada manfaatnya untuk membuka ruang perbincangan bagi semua pihak, insya’Allah.

Tuesday, May 24, 2011

500 Jemaah Solat Jenazah Penghuni Madrasah Hidayah al-Taqwa


Bila hadir solat jenazah di masjid Batu 14, aku rasa seronok, suka, dan gembira tatkala melihat ratusan manusia sudah berada di masjid, sampai aku nak solat tahiyatul masjid pun tak dapat. Wartawan pun tidak sekadar membuat tugasan, bahkan mereka turut bersolat. Aku bersolat Zuhur dan jenazah di sebelah seorang wartawan. Habis solat jenazah beliau terus ambil kamera dan ambil gambar. Kewajipan sebagai Muslim tak diabai walau sedang bertugas.

Monday, May 23, 2011

Kem Remaja Gemilang 2011

Madrasah Hidayah al-Taqwa Tiada CF



Assalamualaikum wbt.

Bila baca tajuk berita begitu, aku tak tahu nak komen apa. Mungkin komen aku akan terbawa-bawa emosi sebab pengasas Madrasah Hidayah al-Taqwa mempunyai pertalian persahabatan, dan jiran dengan keluarga aku.

Cumanya, aku mengharapkan ia menjadi satu hikmah yang mana ia membawa kebaikan yang lebih besar. Jika sebelum tragedi ini, tiada siapa bantu madrasah ini, tiada siapa kisah nak tolong, lepas ada yang terkorban moga-moga ia membuka hati pihak kerajaan untuk memberikan tapak yang lebih selamat.

Merobohkan madrasah itu memang mudah, tetapi jangan lupa ia dibina dengan hasil titik peluh manusia tanpa bantuan kerajaan, dibina di atas tanah sendiri selepas mohon tanah tak dapat-dapat.

Aku mohon orang-orang lain yang membaca ini, hulurkanlah bantuan kewangan kepada pihak madrasah. Menyebarkan Islam bukan hanya tanggungjawab Pak Su, bahkan tanggungjawab kita semua.

Wallahua'lam

Tragedi Tanah Runtuh Madrasah Hidayah al-Taqwa



Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Tiada apa yang dapat aku ucapkan melainkan takziah kepada waris-waris mangsa tanah runtuh yang menimpa Madrasah Hidayah al-Taqwa di Hulu Langat.

Sunday, May 22, 2011

Mengajar Praktikal Solat Ada Dalilnya :)


عَنْ أبي قِلابَةَ[1] عَبْدِ الله بنِ زَيد الجَرْمِي البَصْري قالَ: جَاءنَا مَالِكُ بْنُ الْحُوَيْرِثِ فِى مَسْجدِنَا هذَا فَقَال: إني لأصَلى بِكُم وَمَا أريد الصَّلاةَ، أصلى كَيْفَ رَأَيْتُ رَسُولَ الله صلى الله عليه وسلم يُصَلي.
فقلت لأبى قلابَةَ: كَيْفَ كَانَ يُصَلِّي؟ قال : مِثْلَ صَلاةِ شَيْخِنَا هذَا، وَكَانَ يَجْلِسُ إِذَا رَفَعَ رأسه مِنَ السُّجُودِ قَبْل أنْ يَنْهَضَ.

Daripada Abi Qilabah Abdullah Bin Zaid al-Jarmi al-Basri, beliau berkata: Malik bin al-Huwairisi telah datang kepada kami di masjid kami. Beliau berkata: Sesungguhnya aku akan solat bersama kalian, dan sebenarnya aku bukan mahu bersolat. Aku akan bersolat dengan cara Rasulullah SAW bersolat yang pernah aku lihat.

(Perawi berkata) Aku bertanya kepada Abi Qilabah: Bagaimana beliau (Malik bin al-Huwairisi) melakukan solat?

Jawab Abi Qilabah: Seperti solat sheikh kami ini. Dia akan duduk apabila bangun daripada sujud dan sebelum bangun (ke rakaat seterusnya).

[al-Bukhari: 824, Muslim: 391 dan Abu Daud: 842]

Faedah:

Riwayat ini menunjukkan bagaimana cara mengajar solat yang berkesan iaitu dengan method praktikal. Ia juga menunjukkan bolehnya melakonkan aksi ibadah dengan tujuan untuk mengajar manusia.

Ia juga adalah method nabi SAW di mana baginda SAW pernah solat di atas mimbar untuk mengajar manusia.

Wallahua’lam.


[1] هذا الحديث هو من أفراد البخاري، قال عبد الحق في " الجمع بين الصحيحين ": لم يخرج "مسلم " هذا الحديث، وسها المصنف في إيراده  من المتفق عليه .

Thursday, May 19, 2011

Cinta Pejuang Hijab :)

Satu lagi tulisan zaman sekolah :)


--------------

Api kemarahan terus menyala-nyala. Seluruh negara bergolak. Jalan-jalan raya dipenuhi rakyat yang cintakan Islam. Jalan-jalan raya juga dikelilingi kenderaan-kenderaan merah yang siap siaga untuk memburu mangsanya. Manusia-manusia yang berbaju hijau, bertopi keledar dan berperisai merah terus menggempur rakyat jelata.

Gelombang manusia yang cintakan Islam di sirami air yang memedihkan mata. Manusia berpakaian hijau terus menerajang, membelasah mereka yang membantah pengharaman hijab di sekolah-sekolah kerajaan.

Pemburu Sakinah

Sambil saya belek-belek emel, terjumpa cerpen tulisan aku waktu tingkatan lima. Macam kelakar lak. Selamat membaca :)
________________________________
Aku menutup mashaf Al-Quran yang aku baca. Sesekali angin yang masuk menerusi jendela menghembus lembut ke wajah aku. Aku pergi ke arah tingkap, melihat pandangan yang terlalu indah. Kelihatan camar-camar berterbangan. Awanan biru seakan-akan menjadi taman permainan camar-camar tersebut. Kelihatan juga beberapa pemuda dan pemudi berjalan di tepian pantai, tapi masih penuh dengan adab sopan. Aku terpesona melihat alam ciptaanNya. Betapa kerdil aku jika dibandingkan dengan alam ini. Kala itu, kenangan-kenangan lama kembali ke kotak minda aku.

Tuesday, May 17, 2011

Movie Menarik

(satu babak dalam Mihrab Cinta- Shamsul dihukum gondol kepala kerana dituduh mencuri)

Assalamualaikum wbt.

Minggu ini saya telah menonton dua filem dari negara Indonesia.

a) Sang Pencerah- menceritakan kisah pengasas gerakan Muhammadiyah, Kiyai Dahlan. Boleh tonton di sini

http://www.youtube.com/user/kakalaros1#g/c/60CD39EA2C34E3DA

Atau di sini
http://duasatu.com/sang-pencerah-2010-vcdrip-700mb/

b) Mihrab Cinta-oleh Habiburrahman al-SYirazi

http://filemovie-update.blogspot.com/2010/12/dalam-mihrab-cinta-2010.html

Komen saya:

Saturday, May 14, 2011

Video: I Want To Repent But....

Wednesday, May 11, 2011

Kem Remaja Gemilang 2011


Klik pada gambar di bawah untuk men'download' pamphlet program.

Sunday, May 8, 2011

Aku Dan Osama Laden

Al-Akh Usamah Bin Laden -semoga Allah menjadikan beliau syahid-
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Lambat sungguh aku menulis tentang kematian Al-Akh Usamah Bin Ladin [Osama Bin Laden]. Perasaan bercampur-campur ketika mendapat berita kematiannya. Antara sedih, gembira, dan keliru.

Sampai di pejabat keesokan harinya, ada yang bertanya: Osama syahidkan... Aku tidak mampu menjawab persoalan itu. Syahidkah beliau?

Jom Belajar Solat Jemaah


Jumlah Minimum Di Dalam Solat Jemaah

Ibnu Qudamah menyatakan,“Solat jemaah dapat dilakukan oleh dua orang atau lebih. Kami belum menemui perbezaan pendapat dalam masalah ini.” [Al Mughni 3/7]

Ibnu Hubairoh berkata, “Para ulama bersepakat, batasan minimum solat jemaah ialah dua orang. Iaitu imam dan seorang makmum yang berdiri di sebelah kanannya.” [Al-Ifshah An Ma’anish Shihah, 1/155. Dinukil daripada Solatul Jemaah, karya Prof. Dr. Shalih bin Ghanim As Sadlan, hal. 47. Lihat juga pernyataan kesepakatan ini dalam Raudhatun Nadiyah, karya Siddiq Hasan Khan, 1/308.]