Pages

Sunday, March 27, 2011

Mari Perbanyakkan Selawat Dengan Membaca Selawat Yang Benar




قال البخاري عند تفسير هذه الاَية: حدثنا سعيد بن يحيى بن سعيد, أخبرنا أبي عن مسعر عن الحكم عن ابن أبي ليلى. عن كعب بن عجرة قال: قيل يارسول الله أما السلام عليك فقد عرفناه, فكيف الصلاة ؟ قال: «قولوا اللهم صلى على محمد وعلى آل محمد, كما صليت على آل إبراهيم , إنك حميد مجيد, اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد, كما باركت على آل إبراهيم, إنك حميد مجيد».

al-Bukhari berkata di dalam tafsirnya kepada ayat ini:

Saturday, March 26, 2011

Kejahatan Penyokong Kenduri Arwah, Memutar Belit Perkataan Ulama'.

Inilah kelebihan membaca dahulu walau apa yang dihujahkan bertentangan dengan apa yang saya pegang. Saya mendapat satu link yang isinya membela kenduri arwah. Pendek kata ia jauh 180% daripada pendirian saya. Saya berpegang bahawa kenduri arwah bid'ah, sedangkan si penulis menyatakan ia sunat. Jadi saya membaca tulisan beliau, mana tahu ada ilmu baru yang boleh diperolehi. Seperti saya sebutkan sebelum ini, dengan terbuka dan mendengar atau membaca dahulu, kita akan menemui dua natijah iaitu sama ada a) Kita akan semakin teguh dengan pendirian saya atau b) Saya akan memilih pendirian yang bertentangan dengan pendirian sebelum ini.

Pendek kata selepas membaca hujah mereka, sama ada saya semakin teguh menyatakan ia BID'AH, atau saya akan berubah menyatakan ia sunat. Mana satukah yang saya pilih selepas membaca hujah mereka?

Kelebihan Mendengar Dahulu


Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Benarlah kata orang keterbukaan, kesediaan mendengar dahulu sebelum mahu menyatakan setuju atau tidak adalah jalan yang benar. Keengganan kita mendengar dahulu meletakkan diri kita sebagai manusia yang 'ujub, yang takjub kepada diri sendiri dan merasakan kebenaran mutlak sudah benar-benar berada pada diri kita, dan orang lain salah dan sesat.

Thursday, March 24, 2011

Miyabi@Maria Ozawa Malaysia


Di manakah moral bangsa Melayu yang dibangga-banggakan? Tatkala tsunami dan gempa menyerang bumi matahari terbit, ada insan beragama Islam, berbangsa Melayu menyatakan itulah hukuman untuk bangsa Jepun, itulah hukuman untuk industri porno, itulah hukuman untuk insan-insan seperti Miyabi@Maria Ozawa.
Tetapi ketika porno di promosi di dada-dada akhbar, di muka hadapan akhbar harian, ke manakah arah tuju masyarakat kita sebenarnya. Sudahlah kita dilanda masalah zina golongan remaja yang membawa kepada pembuangan bayi-bayi tidak berdosa.

Wednesday, March 23, 2011

Method Al-Quran Dalam Isu Aurat: Menutup Aurat Sumber Kegembiraan :)

Saya membaca sebuah komen menarik tentang hijab. Sila ke link berikut http://www.suhaibwebb.com/multimedia/a-talk-on-hijab-by-yasmin-mogahed/ dan baca komen yang ditulis oleh ‘sister’. Saya ringkaskan tulisan beliau di dalam bentuk ‘point’.

1)      Hijab tidak menyembunyikan kecantikan wanita- Sebaliknya ia menyembunyikan bahagian-bahagian yang menaikkan nafsu seksual mereka yang memandangnya. Bahkan hijab lebih menambahkan kecantikan wanita. Ini kerana dengan menutup aurat, cahaya/nur akan wujud pada diri wanita tersebut [Saya: Ia bergantung kepada apa yang kita fahami dengan kecantikan, dan saya setuju dengan penulis, perempuan menutup aurat lebih cantik walau pakaian mereka ‘simple’, tidak bersolek dan sebagainya]

Saturday, March 19, 2011

Tatacara Pengurusan Jenazah (2)-YANG BOLEH DILAKUKAN AHLI KELUARGANYA DAN ORANG LAIN



  1. Boleh membuka wajah mayat dan menciumnya, menangis.
أن أبا بكر رضي الله عنه أقبل على فرس من مسكنه بالسنح ، حتى نزل فدخل المسجد ، فلم يكلم الناس حتى دخل على عائشة ، فتيمم رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو مغشي بتوب جبرة ، فكشف عن وجهه ثم أكب عليه فقبله وبكى
Dalil: Dari Aisyah RA bahawa Abu Bakr RA masuk lalu melihat jenazah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam yang ditutupi dengan kain, kemudian beliau membuka wajahnya, merangkulnya dan menciumnya. [HR al-Bukhari: 4452]

Thursday, March 17, 2011

Tatacara Pengurusan Jenazah (1)- Apa Nak Buat Bila Berlaku Kematian


KETIKA MENINGGAL DUNIA

Jika sudah meninggal dunia maka orang-orang yang ada disekitarnya mesti melakukan hal-hal berikut :
  1. Memejamkan mata mayat
  2. Mendoakan
دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم على أبي سلمة وقد شق بصره . فأغمضه . ثم قال " إن الروح إذا قبض تبعه البصر " . فضج ناس من أهله . فقال " لاتدعوا على أنفسكم إلا بخير . فإن الملائكة يؤمنون على ما تقولون

Monday, March 14, 2011

Kata Imam Nawawi Tentang Solat Jemaah

Berkata al-Imam an-Nawawi Rahimahullah:

لا رخصة في ترك الجماعة ، سواء قلنا سنة ، أو فرض كفاية إلا من عذر عام أو خاص

Tiada keringanan untuk meninggalkan solat jemaah, tidak kira sama ada kami berkata ia sunat, atau fardhu kifayah, kecuali untuk mereka yang mempunyai uzur umum dan khas.

[Raudhatut Thalibin, islamweb.net/newlibrar...;startno=4 ]

Saturday, March 12, 2011

Hakikat Iman

Sunday, March 6, 2011

Belalah Janggut Wahai Lelaki Muslim! Ia Satu Kewajipan...

Saturday, March 5, 2011

Biarkan ia umpama angin lalu

Di antara perkara yang bermanfaat ialah: Hendaklah anda memahami bahawa tindakan orang lain menyakiti anda, khususnya dengan perkataan yang buruk, tidak sedikitpun memudharatkan anda. Bahkan, sebenarnya ia memudharatkan diri mereka sendiri. Tetapi, seandainya anda menyibukkan diri untuk berterusan memikirkan tindakan mereka yang menyakiti anda, dan anda izinkan hal itu menguasai perasaan dan emosi anda, maka, saat itulah ia akan memudharatkan anda sebagaimana ia memudharatkan mereka. Namun, seandainya anda menganggap ia umpama angin yang lalu, ia tidak memberi mudharat sedikitpun kepada anda.
-Shaikh Abdul Rahman bin Nasir As-Sa'di-
http://almanhaj.or.id/content/1464/slash/0

7 People Under The Shade Of Allah- Dr. Bilal Philips



Inilah sahaja video Dr. Bilal yang berjaya saya selamatkan. Lain-lainnya hangus bersama harddisk yang corrup yang baru digunakan sebulan sahaja.

Kecewa jua, banyak video di dalamnya. Video syurga dan neraka yang disampaikan oleh Ustaz Hasyimi antara yang hangus hilang begitu sahaja.

Apapun, Allah mentakdirkannya, apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi.

Wallahua'lam.

Mencari Ketenangan Hakiki- Dr. Mohd Asri

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Video kuliah Dr. MAZA ini tersebar dengan luas di FB. Aku membukanya. Terdiam seketika, hati tersentuh. Dr. Mohd Asri menyentuh jiwa dengan kalam-kalamnya tentang maksud ketenangan hidup yang sebenar. Saya mohon sebarkan video ini kepada rakan-rakan kita, untuk membangkitkan diri kita daripada 'kesesatan' di dalam mencari ketenangan hidup yang sebenar.



Seorang sahabat saya ada menyalin sebahagian kata-kata Dr. MAZA: