Pages

Monday, January 24, 2011

Kurang Ajarkah Tidak Salam Bukan Mahram

Assalamualaikum wbt.

Jeleknya demokrasi Malaysia, ialah ketika kempen politiknya, ia dihiasi dengan kempen-kempen murahan yang tidak membawa manfaat. Lebih jijik lagi, apabila Islam diperdagangkan sekian lama di dalam kempen-kempen politik. Kata-kata yang memperkuda Islam diguna untuk membantai parti lawan, seolah-olah kita seorang sahaja yang Islam, dan si lawan itu telah murtad terkeluar daripada Islam.

Sunday, January 23, 2011

Beautiful Recitation- hadeeth no 2

Thursday, January 20, 2011

Malaysiakini's Readers' Comments To My Letter

Assalamualaikum wbt.

My letter was published in Malaysiakini. The title is Liquor-related work not okay for Muslims .

I was so attracted by comments given by Malaysiakini's readers' towards my writing. Here, I want to share it with all of you. Actually, this letter was sent to Malaysiakini, The Star and NST. Only Malaysiakini published it.

Wednesday, January 19, 2011

Females' sport in front of public

I just remembered, one of my girlfriends had asked me, is it okey for them to get involve in sports, in front of non-Mahram audience, non-Mahram referees and so on.

Here, I would like to share a fatwa from Islamweb.net

Oversensitive

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

My previous posting had attracted many Mr/Mrs Anonym who showed their dissatisfaction towards my writing. People keep arguing why should I focus on Uniform Bodies issue? I should answer this question with a question. Can you prove that posting focus on uniform bodies' students? Can you show me?

Just because I put UB as an example, you feel that I am attacking you. That's your problem. The biggest problem exists in your mind. You keep thinking everybody is saying bad things about UB, so you become oversensitive.

Monday, January 17, 2011

Ketika Muslimah Berpoco-Poco Di Khalayak Ramai

Assalamualaikum wbt.

Saya merupakan penghuni Taman Budi dan Ilmu. Entah kenapa, dua tiga menjak ia digegarkan (atau saya sahaja terasa bergegar) dengan isu bersukan bersama-sama antara lelaki dan perempuan di sebuah kolej, dan baru-baru ini pula isu pelajar perempuan menari poco-poco di khalayak ramai.

Saturday, January 15, 2011

Ilmu Cahaya Yang Memberi Manfaat, Jahil Kegelapan Yang Membawa Mudharat

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Kita sering tertanya, kenapa aku seorang pelajar ekonomi, pelajar perubatan, pelajar Sastera Inggeris, perlu mempelajari, mentelaah ilmu-ilmu yang ada di dalam al-Quran dan as-Sunnah, dengan bantuan huraian para ilmuan Islam.

9 Faedah Surah al-Fatihah (3 dan 4)

Faedah Ketiga: Kewajipan untuk takut kepada Allah
Di dalam ayat ‘Maaliki yaumid diin’ terkandung ajaran untuk merasa takut kepada hukuman Allah. Syaikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah berkata, “Di dalamnya terkandung khauf/rasa takut.” (Syarh Ba’dhu Fawa’id Surah al-Fatihah, hal. 18). Dengan adanya rasa takut inilah, seorang hamba akan menahan diri daripada melanggar peraturan-peraturan Allah ta’ala. Dengan adanya rasa takut inilah, seorang hamba akan rela meninggalkan sesuatu yang disukainya kerana takut terjerumus ke dalam larangan dan kemurkaan-Nya. Ini kerana pada hari kiamat nanti, manusia akan mendapat balasan di atas amal-amalnya di dunia. Barangsiapa yang amalnya baik, maka baik pula balasannya Dan barangsiapa yang amalnya buruk, maka buruk pula balasannya.

Berikan mereka alternatif...

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Saya hairan. Ketika mana ada umat Islam melakukan proses al-Amr Bi al-Ma'ruf wa an-Nahy 'an al-Munkar. Muncul komen-komen menyatakan ia perlu dilakukan dengan berhemah, perlu didikan dahulu dan sebagainya. Persoalannya: Kenapakah hal ini tidak disibukkan ketika mana semua orang senyap tentang isu pekerja Islam terlibat dengan arak.

Ban On Muslim Workers From Selling Liquor

-This writing has been sent to various English Newspapers, I do not know either they will publish it or not. You are free to copy it and spread it -



The move taken by Subang Jaya Municipal Council (MPSJ) to ban Muslim from working at outlets which sell liquor has caused different opinion among people. This confusion occurs due to misunderstanding to Islamic ruling related to this issue. We can see that non-Muslim understand that Muslim cannot drink liquor. However, in their opinion, it is alright for Muslim to get involved in any business related to liqour as long as they do not drink it.

Thursday, January 13, 2011

9 Faedah Surah al-Fatihah (1 dan 2)

Surah al-Fatihah menyimpan banyak pelajaran berharga. Surah yang hanya terdiri daripada tujuh ayat ini telah merangkumi pelbagai prinsip dan pedoman di dalam ajaran Islam. Sebuah surah yang mesti dibaca setiap kali mengerjakan sholat. Di dalam surah ini, Allah ta’ala memperkenalkan diri-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Di dalamnya, Allah mengajarkan kepada mereka tugas hidup mereka di dunia. Di dalamnya, Allah mengajarkan kepada mereka untuk bergantung dan berharap kepada-Nya, cinta dan takut kepada-Nya. Di dalamnya, Allah menunjukkan kepada mereka jalan yang akan membawa mereka menuju kebahagiaan. Di sini kami akan menyajikan petikan faedah daripada surah ini dengan merujuk kepada al-Qur’an, as-Sunnah, serta keterangan para ulama salaf. Semoga tulisan yang ringkas ini bermanfaat untuk yang menyusun maupun yang membacanya.

Tuesday, January 11, 2011

Siapakah Muslim, Mukmin, Muhajir dan Mujahid?

Di dalam khutbah ketika Haji Wida, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam menyebutkan:



وسأخبركم من المسلم المسلم من سلم الناس لسانه ويده والمؤمن من أمنه الناس على أموالهم وأنفسهم والمهاجر من هجر الخطايا والذنوب والمجاهد من جاهد نفسه في طاعة الله 

Aku ingin memberitahu kalian siapakah Muslim? Muslim ialah seseorang yang mana manusia lain selamat daripada lidah dan tangannya. Mukmin ialah seseorang yang manusia lain mempercayainya (di dalam menguruskan) harta dan diri mereka. Muhajir (orang yang berhijrah) ialah seseorang yang berhijrah daripada kesilapan dan dosa. Mujahid (orang yang berjihad) ialah seseorang yang berjihad ke atas dirinya di dalam mentaati Allah. [HR al-Imam al-Haithami di dalam Majma' az-Zawaid: 3/271, beliau menyatakan perawinya thiqah]

Monday, January 10, 2011

Memulakan Kerja

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh,

Hari ini aku mula bekerja. Bekerja yang menuntut aku berada di tempat-tempat berbeza dalam masa seminggu. Beberapa hari di sekolah, dan beberapa hari lagi sekitar Gombak.

Cuma sedikit berkongsi pengalaman di sekolah pagi tadi. Ketika semua pelajar sarapan pagi, aku masuk ke dewan makan untuk memerhatikan mereka. Lalu, aku dapati majoriti pelajar minum dengan tangan kiri. Ia mungkin sesuatu yang dilihat kecil.

Sunday, January 9, 2011

Catatan Nota Kuliah Umdatul Ahkam: Bagaimana Bergaul Dengan Wanita Haidh

Ini ialah catatan ringkas saya kepada kuliah Umdatul Ahkam semalam, yang disampaikan oleh Ustaz Subhan Khadafi. Kuliah tersebut membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan wanita yang dalam keadaan haidh. Walaupun saya mempunyai kitab syarah yang digunakan ustaz, saya tidak membawanya. Ini kerana saya lebih suka menyalin, dan jika ada kitab syarah, saya akan malas menyalin. Menyalin melatih saya untuk fokus mendengar [kerana itu saya sangat sensitif dengan orang yang berbual-bual atau berbincang ketika ustaz sedang memberi kuliah di hadapan ]

7 Bab Kehidupan Di Dalam Surah al-Fatihah

[Ini adalah ringkasan nota daripada kuliah Ustaz Hasyimi bertajuk "Semester Baru, Azam Baru"]

Berkata Imam Hasan al-Basri rahimahullah:

Seminar Istimewa Buat Wanita Muslimah: The Making Of Future Solehah Spouse 16 Januari

Saturday, January 8, 2011

Bolehkah Mengangkat Senjata Menentang Pemerintah Masa Kini?

Di bawah ini rakaman wawancara saya bersama Ustaz Muhammad Zaitun serta transkrip wawancara tersebut.

Audio Rakaman http://www.mediafire.com/?c7zo6oo2bkfmbbv

Masri: Bismillahi Rahmanir Rahim. Saya ingin bertanya kepada Ustaz Zaitun, apa pandangan ustaz tentang kita memberontak, atau mengangkat senjata menentang pemerintah-pemerintah yang ada sekarang. Apakah ia syari'e atau bagaimana?

Pengenalan Kepada Konsep Tanzīmī, Harakī, dan Amal Jamāeī Menurut Perspektif Manhaj ASWJ

Slot 7: “Pengenalan Kepada Konsep Tanzīmī, Harakī, dan Amal Jamāeī Menurut Perspektif Manhaj ASWJ”
Ahad
2 Januari 2011
9.00 am

[Pembentang: Ust Jaafar Salleh]

بسم الله ، والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه
وبعد /-
1. Pendahuluan.

Antara perkara yang telah kita ketahui ialah berdakwah kepada Deen Allah s.w.t (Islam) itu antara kewajipan menurut hukum Islam, lebih-lebih lagi dalam suasana umat Islam pada masa ini sedang diancam bahaya serbuan ganas musuh-musuh Allah s.w.t dari segenap penjuru dan dalam suasana Islam telah kembali Ghurbah , hukum hakam al quran tidak dipeduli , lahir generasi baru yang jauh dari agama begitulah seterusnya .

Iman Naik dan Turun: Apa Nak Buat?

Assalamualaikum wbt.

Ustaz Muhammad Zaitun Rasmin, Ketua Umum Wahdah Islamiah
Minggu ini, saya ditemukan dengan seorang Murabbi dari bumi Makassar Indonesia, Ustaz Muhammad Zaitun Rasmin, pengasas gerakan Islam di Indonesia, Wahdah Islamiah.

Butir-butir katanya penuh dengan nasihat. Malam tadi, kami menjemput beliau untuk memberi pengisian kepada kami, pelajar-pelajar di UIA Gombak (saya sudah bukan pelajar:) ). Alhamdulillah, kehadiran melebihi jangkaan dan kebiasaan. Di sini saya kongsikan sedikit isi kuliah beliau.

Permulaan Kehidupan Beragama (3)

Ketidak setujuan ibu bapa terhadap manhaj yang aku pegang tidak melunturkan keyakinan aku. Masakan bisa aku luntur ketika mana keyakinan ke atas manhaj salafi adalah kerana keyakinan pada hujah, keluar dari kelompok taksub dan fanatik.
Aku melangkah masuk ke matrikulasi UIAM di Petaling Jaya. Aku sebenarnya memohon untuk mengambil jurusan Ilmu Wahyu, tetapi akhirnya ekonomi yang aku dapat.
http://motivasiminda.files.wordpress.com/2007/02/maszlee_malik_2.jpg
Di bumi matrik, orang pertama yang aku kenal ialah al-Fadhil Ustaz Maszlee Malek. Sebenarnya pada minggu pertama aku sudah jumpa beliau, cuma aku tidak mengenalinya. Ketika itu beliau ragging aku. Aku masuk ke pejabat IRK tanpa memakai tali leher, lalu dia menyuruh aku memakai tali leher, selepas itu baru membenarkan aku masuk ke dalam pejabat untuk urusan tertentu.

Permulaan Kehidupan Beragama (2)

http://qhazanah.files.wordpress.com/2009/07/pak-najib-dan-tabligh.jpg
PM Malaysia di dalam Ijtima' Tabligh di Sepang
Aku lupa meletakkan kisah aku bersama Jemaah Tabligh (JT) [maafkan aku sahabat-sahabat karkun sekalian, saya tahu kalian tidak suka gelaran JT, tetapi ia hanya untuk memudahkan saya bercerita].

Aku percaya mereka kumpulan dakwah pertama yang mendekati aku. Ada dua orang rakan sekampung aku yang aktif dalam gerakan dakwah ini. Mereka mentarbiah aku untuk mendekati sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wassalam.

Permulaan Kehidupan Beragama

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash1/hs328.ash1/28538_10150201323870652_594980651_12513476_6851611_n.jpg
(Aku lelaki di tengah-tengah. Kecik-kecik dah tak Isbal :) Heheh )
Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Hari ini aku mahu menulis tentang transformasi kehidupan beragama yang aku lalui. Boleh jadi juga ia dilalui oleh ramai kawan-kawan di luar sana. Aku melihat ia satu gerak kehidupan yang normal.

Aku bermula sebagai kanak-kanak biasa. Pakai seluar pendek, malas pergi masjid. Didikan agama yang aku terima ialah di rumah. Emak aku mengajar aku mengaji. 

Ketika umur aku 11 tahun. Aku mula banyak ke masjid, kerana dipaksa emak aku. Pernah waktu Asar aku tengah tidur dan mengeliat kemalasan untuk ke masjid, emak aku memaksa juga aku bangun daripada tidur, dan solat di masjid. Keluarga aku keluarga biasa-biasa, bukan orang-orang kuat beragama, bukan juga keturunan ulama'.