Pages

RSS Feed

Thursday, February 2, 2012

Lima perkara penting


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : 
" مَنْ يَأْخُذُ عَنِّي هَؤُلَاءِ الْكَلِمَاتِ فَيَعْمَلُ بِهِنَّ أَوْ يُعَلِّمُ مَنْ يَعْمَلُ بِهِنَّ ؟ 
" فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ : فَقُلْتُ : أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، فَأَخَذَ بِيَدِي فَعَدَّ خَمْسًا ، وَقَالَ :
" اتَّقِ الْمَحَارِمَ تَكُنْ أَعْبَدَ النَّاسِ ، وَارْضَ بِمَا قَسَمَ اللَّهُ لَكَ تَكُنْ أَغْنَى النَّاسِ ، وَأَحْسِنْ إِلَى جَارِكَ تَكُنْ مُؤْمِنًا ، وَأَحِبَّ لِلنَّاسِ مَا تُحِبُّ لِنَفْسِكَ تَكُنْ مُسْلِمًا ، وَلَا تُكْثِرِ الضَّحِكَ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحِكِ تُمِيتُ الْقَلْبَ " ، قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ 

Abu Hurairah Radiallahu 'anhu berkata: “Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “Siapakah yang mahu mengambil kata-kata ini daripada saya, untuk diamalkan atau untuk diajarkan kepada orang yang akan mengamalkannya?”
Abu Hurairah Radiallahu 'anhu menjawab: “Saya, wahai Rasulullah ! Lalu baginda memegang tanganku dan mula menghitung lima hal, seraya bersabda:
“Jauhilah hal-hal yang diharamkan, kamu akan menjadi orang yang paling bagus ibadahnya; redhalah terhadap apa yang Allah bahagikan untukmu, kamu akan menjadi orang terkaya; berbuat baiklah kepada jiranmu, kamu akan menjadi orang mukmin; cintailah untuk orang lain apa yang kamu cintai untuk dirimu sendiri, kamu akan menjadi muslim; dan janganlah engkau banyak ketawa, kerana banyak ketawa akan mematikan hati.”
[Sunan at-Tirmizi, Kitab Jumaat, Bab Bermusafir, hadis no: 2238. Imam at-Tirmizi berkata: Hadis ini gharib]

Wednesday, February 1, 2012

Muhasabah Harian Setiap Muslim

 http://1.bp.blogspot.com/_-i2zqMj83cI/SNdOTeHGZnI/AAAAAAAAAIo/e87fMcDuu98/s320/eid.jpg

Islamikah kehidupan seharian kita? Artikel ini memberikan hal-hal yang perlu kita renungkan dan kemudian diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

1.Apakah kita setiap hari selalu solat shubuh berjemaah di masjid ? (bagi lelaki)

2.Apakah kita selalu menjaga solat yang 5 waktu berjamaah di masjid ? (bagi lelaki)

3.Apakah kita hari ini membaca Al-Qur’an?

4.Apakah kita rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan solat wajib?

5.Apakah kita selalu menjaga solat sunnah rawatib sebelum dan sesudah solat wajib?

Tuesday, January 31, 2012

Bukan Aku Tidak Mahu Menikahimu


Aisyah***,
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku masih belum bersedia.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku merasakan belum cukup harta.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku mahu berkhidmat dahulu pada ibu dan bapa.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku takut tidak dapat buat engkau bahagia.
Bukan aku tidak mahu menikahimu, aku takut engkau dan aku berbeza citarasa.

Saturday, January 28, 2012

Bapa/Suami Tanggung Dosa Anak/Isteri?


Assalamualaikum w.b.t.



Tersebar status FB di bawah:

..Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka..

..Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka..

Bapak tanggung dosa anak perempuan, suami tanggung dosa lelaki?????

Pertama: Mana datang sifir di atas?

Kedua: Sendiri buat dosa, sendiri tanggunglah.

Si bapa atau suami tidaklah berdosa hanya kerana si anak atau isteri buat dosa. Si bapa atau suami berdosa bila tidak tunaikan kewajipan sebagai suami atau bapa iaitu mendidik ahli keluarga. Hatta kalau si anak dia dan isteri dia soleh solehah belaka, tetapi kalau si suami ini memang tak pernah usaha didik anak isteri, sebaliknya anak isteri terpaksa berpulun mendidik diri sendiri, dan menumpang kasih didikan orang lain, maka si suami atau bapa tetap berdosa walau si anaknya baik pijak semut tak mati.

Ya Allah, aku tidak kisah......


Assalamualaikum w.b.t.
Ketika berjalan-jalan di internet hari ini. Aku terjumpa video Dr. Mohd Asri yang sangat menyentuh hati. Beliau membacakan doa yang dibaca oleh nabi s.a.w selepas orang Thaif menolak dakwah baginda s.a.w. Sungguh doa itu menunjukkan tawakkal dan redha yang sangat hebat. Meletakkan kebergantungan kepada Allah semata-mata.


عن عبد الله بن جعفر قال : لما توفي أبو طالب خرج النبي - صلى الله عليه وسلم - إلى الطائف ماشيا على قدميه ، يدعوهم إلى الإسلام ، فلم يجيبوه ، فانصرف فأتى ظل شجرة فصلى ركعتين ثم قال

‘Abdullah bin Ja’far berkata: Apabila meninggalnya Abu Talib, nabi s.a.w keluar menuju ke Thaif dengan berjalan kaki. Baginda s.a.w menyeru penduduk di sana untuk memeluk Islam, akan tetapi penduduk di sana tidak menerima dakwah nabi s.a.w. Lalu nabi s.a.w pun beredar sehinggalah tiba di sebatang pokok. Baginda s.a.w mendirikan solat dua rakaat kemudian berdoa:

Ketika Maut Disembelih

Rasulullah s.a.w. bersabda :

Monday, January 23, 2012

Mana Hilang Itu Kasih Sayang....

gambar hiasan

[Petikan tazkirah selama setengah jam yang aku terima daripada seorang Karkun Tabligh, selepas solat Zuhur semalam di masjid Aleyah Kuala Ina]. 

 1) Allah sudah Kasih Sayang dia pada kita, kenapa kita tidak kasih sayang sama manusia. Mana pergi itu kasih sayang....... Kenapa kita tidak ada sayang sama manusia, sebab kita sudah curah benda lain dalam hati kita... iaitu buruk sangka.. Macam kita curah air dalam susu, rasa susu hilang..